
Dunia? Tahu tak tujuan kita kat dunia? Bagaimanakah kita wujud?
Aku tahu ape yg main kat minda korang sekarang ini.
Mesti korang fikir aku nie budak bodoh kan.? Hmm.
Aku nak bagitau korang hal yang sebenarnye - kita nie sume (bagi yg umur 12-17 tahun) sbenarnye bagaikan kutu yg berada di atas puncak bulu arnab dan arnab itu bagaikan dunia kita sendiri. Kita dari umur 12 (aku rasa lah) sebenarnye sedang mencuba untuk masuk ke dalam bulu arnab. Ini bermaksud, kita sebenarnya makin tak sedar apa tujuan kita hidup di dunia ini. Kita juga tak sedar bahawa dunia ni merupakan tempat yg pelik dan istimewa dan kita sbenarnye terlalu leka dengan keseronokan dan kerjaya. Kita menganggap dunia ni sekadar tempat yg biasa. Kita mungkin tak sedar hakikat nie. Tapi bila korang paham dengan betul apa yg aku cakap nie, baru korang sedar betapa pentingnya tujuan dan kehendak kita di dunia. Korang (termasuklah aku) perlu sedar benda nie. Kita perlu ada sifat ingin tahu yg tinggi sekiranya mahu mengetahui apakah tujuan kita di sini.Tetapi yang paling penting sekali ialah, kita perlu tahu siapakah diri kita ini. Kita memang tahu nama kita dan selainnya, tetapi adakah kita tahu dari manakah kita dilahirkan dan bagaimanakah kita wujud? Satu lagi perkara yang aku nk beritahu dekat sini ialah, setiap manusia di dunia ini mempunyai watak dan jawapan yang berbeza. Kita boleh bandingkan benda ini dengan bayi yg baru satu tahun dilahirkan. Bayi yang baru satu tahun dilahirkan mempunyai sifat ingin tahu yg tinggi. Jika kita dapat lihat, (dari adik kita atau sesiapa pun) bayi yg baru dilahirkan sering mengambil barang yang ada di depan matanya. Ini kerana bayi tidak merasakan dunia ini adalah benda yang sangat biasa. Mereka pelik dengan segala benda yang berada di dunia ini. Tetapi adakah kita seperti mereka? TIDAK! (kecuali segelintir) Ini kerana, kita sudah menganggap dunia ini biasa sahaja kerana kita sudah melihat semua benda yg berada di sekeliling kita hampir setiap hari. Kita tidak pernah ada rasa ingin tahu terhadap dunia ini ataupun diri kita. Aku harap korang baca benda ini dengan teliti dan cuba mencari maksud dari apa yang aku cakapkan ini.
No comments:
Post a Comment